Menara Optometry Centre



Amir Husain b. Rahman Shariff
Pengarah Urusan
No. 44A, Tingkat 1,
Jalan Tun Mohd Fuad Satu,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7727 9920
Faks: 03-77272124


Menara Optometry menyediakan servis penjagaan mata utama untuk semua peringkat umur, profesion, hobi dan hal-hal berkaitan dengan penglihatan, bagi menjamin kesejahteraan pelanggan-pelanggannya dalam aktiviti harian mereka.

Ditubuhkan pada 1996 dengan menyediakan perkhidmatan optometri, sehingga kini telah berjaya membuka 31 cawangan di Lembah Klang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan serta Johor.

Menara Optometry menawarkan produk yang berbeza berdasarkan keperluan pelanggan dan mereka meletakkan harga berpatutan dengan perkhidmatan perundingan yang profesional.

Menara juga turut melaksanakan pelan pengembangan cawangan menerusi skim francais. Mereka memperkenalkan skim francais Menara Optometry pada 2008 yang mana pada mulanya ia hanya ditawarkan kepada kakitangan Menara yang mempunyai kebolehan dalam menguruskan perniagaan sebagai usaha untuk membantu menjadi usahawan berjaya dalam industri optikal di negara ini.


Syarikat itu kini ada menawarkan skim francaisnya kepada bakal usahawan yang berpotensi dan pemilik kedai optometri yang ketika ini beroperasi secara kecil-kecilan. Pelaburan di bawah skim francais Menara Optometry adalah dari RM250,000 hingga RM400,000 termasuk RM50,000 bagi yuran francais.  Mereka akan menentukan lokasi premis yang akan dibuka bagi memastikan ia adalah strategik dan menepati perancangan pengembangan syarikat.